"Tuju saya"
Kategori sasaran
2.0 MATLAMAT
2.1 Mengembangkan kebolehan dan kemampuan dari aspek jasmani, emosi,
rohani dan intelek guru pelatih.
2.2 Melahirkan murid yang berkemahiran tinggi dalam mengawal pergerakan
tubuh badan.
3.0 OBJEKTIF
3.1 Aspek psikomotor
3.1.1 dapat memperlihatkan koordinasi otot saraf, kelajuan dan daya
tahan secara maksimum.
3.1.2 dapat merekacipta satu permainan kanak-kanak yang sesuai untuk
murid Tahap 1 dan 2.
3.2 Aspek kognitif
3.2.1 dapat membanding beza permainan tradisional dengan permainan
kanak-kanak.
3.2.2 dapat mewujudkan persaingan sihat.
3.3 Aspek efektif
3.3.1 dapat memupuk semangat kerjasama antara ahli kumpulan.
3.3.2 dapat membina keyakinan dan komitmen murid.
3.3.3 dapat menerapkan nilai murni seperti semangat
kesukanan semangat berpasukan dalam diri murid.
3.3.4 menyemaikan semangat muhibbah dan perpaduan antara kaum
dalam kalangan murid-murid.
4.0 PANDUAN PELAKSANAAN PERMAINAN
4.1 gambar dan jenis-jenis alatan yang digunakan.
4.1.1 belon
4.1.4 kerusi bertangga
4.1.5 tali
4.1.6 bola
4.2 Prosedur pelaksanaan permainan
1. Murid dibahagikan kepada dua kumpulan iaitu kumpulan A dan
kumpulan B yang terdiri daripada 5 orang peserta dalam setiap
kumpulan.
2. Setiap peserta diberikan dua biji bola.
3. Peserta pertama daripada kumpulan A dan B dikehendaki berdiri
di dalam gelung yang disediakan.
4. Apabila muzik akan dimainkan, peserta perlu membongkok dan
memusingkan badan dengan jari telunjuk menyentuh lantai sebanyak
lima pusingan.
5. Kemudian, peserta perlu melompat dengan kedua-dua belah kaki
sehingga muzik diberhentikan.
6. Selepas itu, dalam kedudukan tersebut, peserta perlu menggunakan
sama ada kemahiran membaling, melontar atau melambung kedua-dua
bola yang telah diberikan ke arah belon yang disasarkan.
7. Permainan akan diteruskan dengan peserta seterusnya.
8. Permainan akan tamat setelah semua peserta mendapat peluang untuk
mensasarkan belon.
4.3 Pelan kedudukan
4.4 Peraturan dan syarat permainan
4.4.1 Syarat permainan
- Murid-murid hanya dibenarkan menggunakan tiga kemahiran sahaja iaitu kemahiran membaling, melontar atau melambung.
- Peserta dikehendaki melompat menggunakan kedua-dua belah kaki.
- Apabila muzik diberhentikan, peserta tidak boleh berdiri melebihi zon 2.
4.4.2 Pemarkahan
No comments:
Post a Comment